Suri rumah menyamar sebagai pengarah kanan Imigresen dipenjara, didenda

SEORANG suri rumah dihukum penjara 12 bulan dan didenda RM8,000 selepas didapati bersalah menyamar sebagai pengarah kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini, berkata wanita tempatan itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka, semalam.

Menurutnya, tertuduh didapati memiliki dokumen mengikut Akta Imigresen 1959/63 yang sudah dipalsukan.

“Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara selama 12 bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan selain dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang prosiding pendakwaan yang dijalankan JIM Negeri Melaka.

Katanya, JIM Negeri Melaka memandang serius sebarang cubaan menyamar sebagai pegawai imigresen atau memalsukan dokumen berkaitan perkhidmatan jabatan itu.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengelirukan orang awam serta menjejaskan keyakinan terhadap integriti dan kewibawaan JIM.

“JIM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam perbuatan sedemikian,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here