Penceramah motivasi dilepas dengan jaminan polis

SEORANG penceramah motivasi yang direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis berkaitan dakwaan gangguan seksual dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menunggu arahan lanjut, lapor Bernama.

Beliau berkata, penceramah lelaki berusia 33 tahun itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang diterima di Kangar pada 3 Oktober lalu.

Menurut Hamzah, polis turut menerima satu lagi laporan pada Ahad lalu yang membabitkan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita berusia 19 tahun.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum ini, lelaki terbabit terlebih dahulu ditahan susulan tamat tempoh reman dua hari berkaitan laporan polis di Padang Besar.

Dia kemudian dilepaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar bagi membantu siasatan lanjut susulan laporan terbaharu ke atasnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here