Butir matan palsu RM15,000: Pegawai kanan agensi kerajaan ditahan SPRM Sabah

SEORANG pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan tuntutan perbelanjaan bernilai kira-kira RM15,000.

Pegawai wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan.

Menurut kenyataan SPRM, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengemukakan dua dokumen berkaitan tuntutan perbelanjaan mesyuarat serta perbelanjaan bagi urusan lawatan kerja pegawai kanan sebuah kementerian.

“Perbuatan itu dipercayai berlaku sepanjang tahun 2023 dan 2024, dengan jumlah tuntutan yang disiasat dianggarkan sekitar RM15,000,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Sandakan, Sabah pada 8 Oktober (esok) bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here