Dua remaja dijangka didakwa bunuh pelajar 14 tahun esok

DUA remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, pada 25 September lalu, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan telah mengarahkan supaya pertuduhan dibuat terhadap suspek pertama dan kedua mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34,” katanya, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, kedua-dua remaja itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada jam 9.30 pagi esok untuk pertuduhan berkenaan.

Pada 26 September lalu, media melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, kira-kira jam 8 malam.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, namun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga senior mangsa bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan kemudian diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Alzafny memaklumkan suspek pertama dilanjutkan reman sehingga esok, manakala suspek kedua direman sehingga 9 Oktober ini bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here