Konstabel maut selepas kenderaan polis kemalangan ketika pulang iring tahanan

SEORANG anggota polis maut selepas kenderaan pasukan yang dinaikinya terbabit kemalangan di Kampung Lot M, Kinabatangan petang tadi ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai mengiring tahanan.

Konstabel Mathew Zulian Backly, 29, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Janeve Sindih berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa bersama dua anggota lain dalam perjalanan kembali ke IPD selepas mengiringi tahanan dari Penjara Sandakan.

Menurutnya, kenderaan pasukan terbabit dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Ketiga-tiga anggota mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, seorang daripada anggota itu disahkan meninggal dunia pada jam 4.53 petang ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi malam ini, lapor BH.

Janeve berkata, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak bagi urusan selanjutnya.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menyifatkan pemergian anggota berkenaan sebagai satu kehilangan besar kepada warga IPD Kinabatangan.

“Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here