Wanita rentung dalam kebakaran rumah di Kuching

SEORANG wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang, di Kuching  musnah sepenuhnya dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah berkenaan sebelum ditemukan pasukan bomba pada jam 4.36 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 petang.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah satu tingkat berstruktur separuh kekal dengan anggaran keluasan 1,200 kaki persegi. Rumah tersebut telah terbakar 100 peratus dan dihuni oleh enam orang penghuni,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dan pencarian mangsa dijalankan sejurus ketibaan pasukan bomba di lokasi pada jam 4.15 petang.

“Pada jam 4.36 petang, mangsa ditemui rentung di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 4.25 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.09 petang selepas kerja pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran selesai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here