Dua lelaki dipercayai pencuri kabel ditahan selepas dikejar polis

DUA  lelaki ditahan selepas kenderaan jenis Isuzu D-Max dinaiki mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada polis ketika dikejar dari Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kedua-dua suspek berjaya ditahan di persimpangan Jalan Jelatek dengan Jalan Taman Setiawangsa berhampiran sebuah stesen minyak di Setiawangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Hulu Kelang.

‘’Melalui pemeriksaan di dalam kenderaan suspek itu, polis menjumpai senjata berbahaya seperti sebilah parang dan sebilah sabit serta alatan mencuri kabel seperti alat pembuka Manhole.

“Polis turut merampas bahan disyaki dadah daripada kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

‘’Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,,’’ katanya



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here