Wanita maut  dirempuh treler ketika cuba bantu mangsa kereta terbabas

SEORANG wanita maut manakala suami serta dua anak cedera apabila sebuah treler merempuh motosikal yang mereka naiki dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Manjung, hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah dalam satu kenyataan berkata, wanita tersebut merupakan pembonceng bersama suami berhenti di tepi jalan bagi membantu dua lelaki yang kereta mereka terbabas.

”Dua lelaki dalam Honda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Wanita berkenaan cuba membantu mangsa dalam kereta itu  sebelum dilanggar sebuah treler. Kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah MPV Toyota Hilux dinaiki lima warga Pakistan serta sebuah lagi motosikal Honda EX5 ditunggang seorang lelaki,” katanya.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 8.19 pagi dan seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian,’’ katanya.

”Bomba menggunakan  peralatan hidrolik untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan masing-masing. Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,’’ katanya.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img