PN boleh bubar jika pertikaian dalaman tiada berkesudahan – Azmi Hassan

PERTIKAIAN dalaman Perikatan Nasional (PN), khususnya membabitkan Pas dan Bersatu, dilihat masih tiada kesudahan dan berkemungkinan membawa kepada pembubaran gabungan itu.

Pakar geostrategis dan analisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, Bersatu dilihat menginginkan perkara itu, manakala tindakan Pas menangani kemelut berkenaan adalah dengan menyingkirkan Bersatu daripada PN.

‘’Sebagai tindak balas, Bersatu pula membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Situasi ini menggambarkan bagaimana Pas, sebagai parti dominan dalam PN, menguruskan pertikaian dalaman gabungan itu, selain reaksi Bersatu yang turut mempunyai hak dalam PN,’’ kata kepada utusanmelayuplus.

Azmi berkata, beliau  memahami tindakan Bersatu kerana parti itu dilihat telah disisihkan oleh Pas daripada gabungan berkenaan.

‘’Persoalannya, sejauh mana kemelut ini akan menjejaskan persediaan PN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka?

Sekiranya Pas bergerak sebagai sebuah parti dalam PN, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah. Bagaimanapun, Bersatu juga mempunyai perancangan dan wawasan tersendiri, termasuk kemungkinan diberikan kerusi untuk bertanding di Melaka,’’ katanya.

Beliau berkata, keadaan itu boleh merencatkan perancangan PN dalam menghadapi PRN Melaka, lebih-lebih lagi ketika gabungan itu perlu mengadakan rundingan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) bagi menentukan kerjasama politik.

‘’Bagi membina keyakinan bahawa PN mempunyai kelebihan untuk mentadbir Melaka, gabungan itu perlu terlebih dahulu menyelesaikan rundingan dengan UMNO,’’ katanya.

Azmi berkat, beliau tidak melihat Pas dan Bersatu akan memilih untuk bergerak bersendirian tanpa kerjasama UMNO di Melaka kerana UMNO mempunyai pengaruh yang dominan di negeri itu.

‘’Sementara itu, pengaruh Pas dilihat agak terhad, manakala kedudukan serta kekuatan politik Bersatu dan rakan gabungan lain masih belum jelas. Kemelut dalaman PN memberikan kelebihan kepada UMNO dalam rundingan pembahagian kerusi, termasuk kemungkinan UMNO menetapkan jumlah kerusi yang lebih besar untuk ditandingi BN berbanding PN,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here