36 kenderaan mewah bernilai RM12 juta disita JPJ Melaka

SEBANYAK 36 kenderaan mewah dianggarkan bernilai antara RM8 juta hingga RM12 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi Ops Khas Luxury pada September lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, sebanyak 45 kenderaan diperiksa sepanjang operasi dari 1 hingga 30 September lalu, membabitkan 20 kereta, 15 van penumpang, 10 kenderaan pelbagai guna (MPV) dan jip.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 36 kenderaan dikenakan tindakan sita dan notis mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sitaan itu membabitkan 17 kereta, 11 van penumpang serta masing-masing lapan MPV dan jip.

“Mercedes-Benz dan BMW merekodkan jumlah sitaan tertinggi dengan masing-masing tujuh kenderaan, diikuti Toyota Alphard (enam), Toyota Vellfire (empat) dan Porsche (tiga).

“Turut disita ialah masing-masing sebuah kenderaan jenama Lexus, Audi, Mazda, Mini Cooper, Volkswagen, Range Rover dan Volvo serta dua kenderaan dalam kategori lain,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Menurutnya, kenderaan berkenaan disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan dan insurans.

Dalam perkembangan lain, Siti Zarina berkata, sebanyak 100 kenderaan disita menerusi Operasi Khas Penguatkuasaan Warga Asing (PeWA) sepanjang tempoh sama.

Beliau berkata, sebanyak 114 kenderaan diperiksa menerusi operasi itu dengan 100 daripadanya dikenakan tindakan, manakala 330 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Motosikal paling banyak disita iaitu 77 buah, diikuti kereta (17) dan masing-masing tiga kenderaan perdagangan serta kenderaan lain,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here