Program Yakin MADANI jadi platform promosi enam acara Sukan SEA 2027

PROGRAM Yakin MADANI dimanfaatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai platform mempromosikan enam acara sukan yang bakal berlangsung di negeri itu sempena penganjuran Sukan SEA 2027.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang, Muhammad Ghopran Yeop Hamzah berkata, pendekatan itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat mengenai acara yang akan dipertandingkan, sekali gus meningkatkan kesedaran dan keterujaan menjelang temasya berkenaan.

Menurutnya, Pulau Pinang dipilih sebagai salah satu kluster venue bagi Sukan SEA 2027 dengan enam acara sukan diperuntukkan untuk berlangsung di negeri itu.

“Alhamdulillah, Pulau Pinang dipilih sebagai kluster venue Sukan SEA 2027. Kita mempunyai enam acara sukan dan menerusi program ini, kita berpeluang mempromosikan sukan-sukan berkenaan kepada masyarakat,” katanya, lapor Berita RTM.

Enam acara berkenaan adalah sepak takraw, tinju, judo, floorball, pingpong serta skuter dan biliard.

Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September tahun depan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here