Kerajaan teliti cadangan perkenal lesen pengendali platform e-dagang

KERAJAAN sedang meneliti cadangan memperkenalkan  pelesenan kepada pengendali platform e-dagang, termasuk platform yang beroperasi dari luar negara tetapi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan itu antara perkara utama diberi perhatian dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi memperkukuh kawal selia perdagangan dalam talian.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan akauntabiliti pengendali platform, memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat dan telus.

“Langkah ini bertujuan memperkukuh akauntabiliti platform, memastikan pematuhan terhadap undangundang negara serta mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih selamat, telus dan bertanggungjawab.

“Cadangan kawal selia ini akan diperhalusi dengan mengambil kira bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan serta keperluan pelaksanaan yang bersesuaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Armizan berkata, usaha berkenaan turut memberi penekanan terhadap perlindungan peniaga tempatan supaya mereka dapat bersaing secara adil dalam pasaran digital.

Katanya, kerajaan mahu memastikan semua pihak termasuk platform dan penjual dari luar negara tertakluk kepada tahap tanggungjawab serta pematuhan undang-undang yang sewajarnya.

Menurutnya, penggubalan RUU e-Dagang itu diperhalusi menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikannya hari ini, susulan persetujuan Jemaah Menteri pada 8 Julai lalu terhadap cadangan ketetapan dasar perundangan baharu berkaitan e-dagang.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkenalkan RUU berkenaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here