Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat

SEORANG pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) petang semalam.

Sumber memberitahu, pemimpin berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira jam 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya.

“Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut,” kata sumber itu.

Kedua-dua individu terbabit dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi, katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat membabitkan figura awam dilakukan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here