Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat

SEORANG pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) petang semalam.

Sumber memberitahu, pemimpin berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira jam 6 petang di sebuah kediaman di Petaling Jaya.

“Pasukan penguat kuasa JAIS dengan kekuatan lima orang tiba dan masuk ke kediaman itu. Ketika serbuan, pemimpin dan wanita terbabit berada di rumah tersebut,” kata sumber itu.

Kedua-dua individu terbabit dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi, katanya.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa termasuk JAIS berhubung tangkapan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here