TINDAKAN seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mempersoalkan kutipan derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membayar denda RM50 juta mendapat pujian netizen.
Kenyataan lantang pelajar itu yang turut membangkitkan isu skandal Tabung Haji dikemukakan dalam sesi dialog anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang menampilkan Khairy Jamaluddin (KJ), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Berikut komen mereka:
* JC JC: “Amat memalukan, kan? Seorang budak bertanya kepada pucuk pimpinan UMNO soalan yang begitu asas sekali. Budak nampak, orang dewasa dan tua buat tak nampak.”
* Elham Mey: “Betullah kata student tu… memang bodoh pun.”
* Pinus Sumih: “Terkapai-kapai Onn Hafiz dengan soalan maut itu. Nampak sangat daripada raut wajahnya.”
* MuAzz Al Iskandar: “Soalan adik ini tidak berani dijawab dengan betul oleh dua pemimpin UMNO itu. Seorang berpura-pura, seorang lagi terkial-kial.”
* @huatchyetan8830: “KJ kalau ada maruah, mengapa tidak persoalkan tindakan ahli UMNO menubuhkan tabung untuk Najib? Cakap senang, KJ. Sesiapa pun boleh jawab seperti yang anda jawab.”
* @qisyamajeeda: “Tangan KJ itu macam nak tutup muka sahaja. Macam susah benar soalan itu kena tepat pada muka KJ. Macam ada satu video KJ sebut, ‘Susahlah sebab kawan-kawan sendiri ni.’”
* @Night Knight: “Jawapan yang KJ dan Hafiz berikan itu serupa macam tidak menjawab soalan pelajar tersebut.”
* @mohd.didie.92: “Tak pakai la hampa, dengan budak-budak pun tak boleh nak jawab.
* Mohd Fauzi: “Dah sebati jadi darah daging. Halal haram tolak tepi. Tak kira bangsa apa pun, parti apa pun, salah tetap salah. Kena tegas bab ini. Bilion-bilion dah, juta-juta dah kecil bagi mereka ini.”





