Polis cari Yeo Chin Keong, saksi perbicaraan kes dadah

POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 29 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Yeo Chin Keong yang dipercayai menetap di Sinar Magna, Metro Prima, Kuala Lumpur.

Menurutnya, usaha mengesan saksi itu bertujuan membantu prosiding berkaitan laporan polis Sri Petaling.

“Kes berkenaan melibatkan pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Nazree Mohd Nasir menerusi talian 017-927 7661 atau 03-2297 9222 sambungan 586.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here