POLIS Daerah Kajang meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, wanita berkenaan diperlukan sebagai saksi bagi membantu pihaknya menyelesaikan kes terbabit.
Saksi yang dicari dikenali sebagai Hedayah Abdul Majid Hafidzin, 48.
Menurutnya, alamat terakhir saksi yang direkodkan adalah di Taman Perling, Johor Bahru.
“Pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut atau individu berkenaan sendiri untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Insp Mohammad Iqbal Norman di talian 016-8021567.
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.





