Lelaki maut tertimbus tanah ketika cari batu permata

SEORANG lelaki maut selepas tertimbus tanah sedalam kira-kira satu meter berhampiran tangki air di Taman Kedidi, Jalan Kedidi 26, Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini.

Mangsa, Jamaluddin Wahab, 48, dari Taman Cahaya, Masai dipercayai datang ke kawasan berkenaan bersama seorang rakan untuk mencari batu permata sebelum kejadian berlaku.

Dalam kejadian itu, rakannya terselamat dan menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi sebelum 17 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya bergegas ke lokasi.

“Operasi SAR ditangguhkan jam 11.46 pagi berikutan hujan yang menyebabkan kerja-kerja menyelamat tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan.

“Operasi kemudian disambung semula dengan menggunakan peralatan khas ‘Paratech’, cangkul dan penyodok bagi memudahkan kerja-kerja penggalian tanah,” katanya ketika dihubungi, lapor BH.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.33 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan pada jam 12.53 tengah hari.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here