Pekerja maut terkena roda rantai jentera di tapak pembinaan

SEORANG pekerja lelaki berusia 62 tahun maut selepas dipercayai terkena roda rantai jentera dalam kemalangan di tapak projek pembinaan di Kilometer 21 Jalan Lawas-Trusan, berhampiran Kampung Long Temarob, Lawas, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Liong Tindan berkata, kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu disedari selepas seorang rakan sekerja memaklumkan kepada pemandu jentera bahawa mangsa dipercayai terkena roda rantai jentera berkenaan.

Menurutnya, pemandu terbabit kemudian memeriksa lokasi sebelum mendapati mangsa terbaring di hujung jentera yang dipandunya.

Pemandu itu kemudian menghubungi penyelia tapak pembinaan sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian serta keadaan yang membawa kepada kemalangan itu masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here