SEORANG lelaki dipercayai mengalami kecederaan parah dalam kejadian serangan menggunakan senjata tajam di sebuah premis perniagaan di Ipoh, berdasarkan rakaman video yang tular dalam media sosial hari ini.
Rakaman berdurasi pendek itu memaparkan mangsa terbaring tidak bergerak di atas lantai premis berkenaan dengan kesan darah pada bahagian badan dan kaki.
Turut kelihatan seorang wanita berada di sisi mangsa sambil cuba memberikan bantuan awal.
Keadaan di dalam premis berkenaan juga kelihatan berselerak, manakala kesan darah dilihat pada beberapa bahagian lantai, lapor Buletin TV3.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada maklumat rasmi berhubung identiti mangsa, lokasi tepat kejadian, punca serangan atau motif kejadian berkenaan.





