Diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali selama dua hari

PENGGUNA lebuh raya bakal menikmati potongan tol sebanyak 50 peratus selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun itu berkuat kuasa dari jam 12 tengah malam, 6 November hingga 11.59 malam, 7 November ini.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena perayaan itu.

Katanya, potongan tol itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, manakala Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

“Pemotongan dikecualikan di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu dianggarkan membabitkan bayaran pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya, yang akan ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik.

Katanya, Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan diskaun itu bersama syarikat konsesi terlibat bagi memastikan kelancarannya.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan, selain mematuhi had laju, menjaga jarak selamat dan berehat secukupnya bagi mengelakkan keletihan ketika memandu.

Pengguna juga digalakkan menyemak maklumat trafik serta perkembangan insiden di lebuh raya menerusi saluran rasmi LLM bagi mendapatkan maklumat terkini dan merancang perjalanan dengan lebih teratur.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here