Ribut petir, hujan lebat, angin kencang  di lapan negeri hingga 10 malam

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lapan negeri dan Labuan hingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Kubang Pasu, Baling, Sik dan Padang Terap manakala di Pahang merangkumi Lipis, Raub, Cameron Highlands dan Rompin.

Di Perak, kawasan terjejas ialah Larut Matang, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Hulu Perak, Manjung, Bagan Datuk, Muallim, Batang Padang dan Selama manakala di Kelantan melibatkan Gua Musang.

Amaran sama turut melibatkan Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Sabak Bernam dan Klang di Selangor serta Kota Tinggi, Johor Bahru dan Mersing di Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Miri (Marudi, Telang Usan, Bario dan Beluru) serta Limbang manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman iaitu Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Tenom.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here