Pelabur tak datang jika pertukaran pemimpin utama kerap berlaku, politik tak stabil – Pakar Ekonomi

 KECELARUAN dan ketidaktentuan politik serta kekerapan pertukaran kepimpinan utama negara akan memberi kesan negatif di mata pelabur asing kerana mereka tidak akan menyalurkan pelaburan  ke negara yang berhadapan risiko berterusan.

Pakar Ekonomi Prof Dr Nanthakumar Loganathan dari Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru berkata, pelabur asing seringkali merancang pelaburan bersifat jangka panjang untuk memperoleh pulangan dari pelaburan mereka, justeru “risiko pelaburan” seharusnya tidak timbul sehingga memberi persepsi negatif negara di mata mereka

Prof Dr Nanthakumar Loganathan

‘’Para pelabur asing amat mementingkan keamanan dan kestabilan politik negara yang menjadi pilihan pelabur kerana ia menjamin kedudukan pelaburan mereka untuk jangkamasa yang panjang tanpa sebarang risiko. Malaysia memiliki Kerajaan yang stabil dan dasar serta inisiatif pelaburan asing yang jelas untuk pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Beliau mengulas kenyataan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang memberitahu, kestabilan politik dan kejelasan dasar ekonomi negara menjadi antara faktor yang mendorong keyakinan Google untuk melabur sebanyak RM61 bilion di Malaysia

Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, Ruth Porat, selepas menilai beberapa destinasi pelaburan, termasuk negara lain di rantau ASEAN.

Mengenai pelaburan Google, Dr Nanthakumar berkata, faktor utama adalah kestabilan politik dan kepimpinan negara yang memberi pelbagai ruang serta inisiatif kepada pelabur asing.

Selain faktor kestabilan politik kata beliau faktor prasarana pengangkutan dan inisiatif yang disalurkan serta momentum berterusan kerajaan membangunkan platform Kecerdasan Buatan (AI) telah menarik Syarikat Google membuat pelaburan besar di Malaysia berbanding negara serantau.

‘’Tambahan, Syarikat Google kini mengorak langka ke arah Kecerdasan Buatan Awan (Cloud AI) dan aspek ini telah mula diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan Malaysia berbanding negara serantau dan ia mungkin salah satu faktor tarikan Syarikat Google membuat keputusan melabur di Malaysia,’’ katanya.

 Dr. Nanthakumar berkata, kerajaan perlu menyediakan sumber tenaga kerja atau modal manusia yang berkemahiran serta separa mahir untuk memenuhi keperluan Syarikat asing yang melabur di Malaysia supaya gunatenaga tempatan juga memperoleh manfaaf hasil pelaburan syraikat asing.

‘’Selain itu, lerajaan perlu meningkatkan kapasiti penggunaan AI, khususnya Kecerdasan Buatan Awan (Cloud AI) dan dalam sektor-sektor pilihan pelabur asing supaya pelabur merasa lebih yakin dalam meningkatkan produktiviti pelaburan mereka di Malaysia,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here