AKPS Pelabuhan Klang sita daging kerbau dari India bernilai RM413,728

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang menyita konsainan dagangan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari India di Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada 10.40 pagi mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal yang dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada permit import.

“Dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut. Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook AKPS Port Klang hari ini.

Nik Ezanee berkata barangan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Beliau turut menegaskan komitmen AKPS dalam mempergiat usaha penguatkuasaan dan memperkukuh kawalan di pintu masuk negara bagi membanteras ketidakpatuhan, manipulasi dokumen dan penyalahgunaan prosedur pengimportan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here