Perintah mahkamah Najib : Terdapat kecacatan serius, terlalu banyak – Peguam

SEORANG peguam Muhammad Zufar Elias berkata, terdapat banyak kesilapan dan kecacatan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Katanya, paling fatal adalah di barisan “or to menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah…”

‘’Ini tidak dapat menunjukkan secara jelas, apakah sekiranya Datuk Seri Najib melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, apakah beliau masih boleh menjalani tahanan rumah, atau perlu dihantar balik ke Penjara Kajang?

‘’Seterusnya, bagi syarat-syarat yang dilampirkan tu pula, bagi saya, ianya sepatutnya terus ditulis dengan jelas di dalam perintah tersebut, dan membentuk sebahagian daripada isi kandungan perintah itu sendiri. Bagi sesuatu perintah, ayat, maksud dan niat perintah tersebut sendiri seharusnya jelas dan tidak mengelirukan,’’ katanya kepada utusanmelayuplus.

Beliau yang juga dari Rakan Pengurusan Tetuan Zufar Elias&Co berkata, kesilapan sebegitu kebiasaannya berlaku akibat daripada ‘clerical error’.

‘’Bagi kes jenayah, kebiasaannya apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah, ia adalah dibuat dan dikeluarkan oleh mahkamah itu sendiri,’’ katanya.

Clerical error dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kesilapan kerani, kesilapan pentadbiran, atau ralat klerikal. Ia merujuk kepada kesilapan tidak sengaja yang berlaku semasa merekod, menyalin, menaip, atau mengira maklumat. Kesilapan ini bersifat teknikal atau mekanikal dan bukannya disebabkan oleh salah faham, salah pertimbangan, atau kecuaian yang disengajakan.

Muhammad Zufar berkata,  dari sudut kes saman sivil pula pihak-pihak peguam yang akan memasukkan deraf perintah terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan mahkamah.

‘’Seelepas mendapat kelulusan, barulah pihak-pihak akan memfailkan perintah bersih, disesuaikan dengan pindaan seperti yang diluluskan oleh pihak mahkamah. Bagi kes perintah terhadap Pihak Penjara bagi kes Najib ini, saya percaya perintah ini disediakan dan dikeluarkan oleh pihak mahkamah sendiri.

‘’Lagi-lagi apabila perintah itu dikeluarkan kepada pihak Penjara, saya percaya, perkara betul yang harus dilakukan adalah sesuatu dokumen tersebut seharusnya disemak dengan teliti terlebih dahulu sebelum dikeluarkan,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau menegaskan, kesilapan tersebut adalah serius dan perlu mendapatkan penjelasan mahkamah memandangkan melalui perintah tersebut, tidak jelas sekiranya melanggar apa-apa syarat/perintah yang dilampirkan itu, apakah beliau akan dihantar semula ke penjara, atau boleh kekal jalani tahanan rumah.

‘’Perkara ini yang perlu diperjelaskan di dalam perintah itu. Terutamanya di bahagian “or to menjalani tahanan di rumah…” tersebut. Bagi saya kecacatan ini serius dan terlalu banyak melibatkan clerical error yang menyebabkan kekeliruan.

‘’Sebab sefahaman saya, maksud sebenar pengampunan yang diberikan adalah sekiranya Najib gagal untuk mematuhi apa-apa syarat pengampunan, beliau perlu dihantar semula ke penjara, dan tiada pilihan untuk terus kekal di rumah sebagai tahanan rumah,’’ katanya.

Muhammad Zufar berkata, langkah yang perlu diambil beliau percaya pihak mahkamah boleh sahaja memperbetulkan/meminda perintah tersebut, dan mengeluarkan semula perintah yang telah diperbetulkan/dipinda berkenaan yang lebih jelas menunjukkan maksud pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

‘’ Untuk memastikan ketepatan dokumen tersebut pula, pihak mahkamah mungkin boleh merujuk semula ketepatan maklumat-maklumat tersebut bersama pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan juga pihak peguam Najib sebelum mengeluarkan perintah bersih tersebut kepada pihak penjara sekiranya perlu.

‘’Dan sekiranya mahkamah tidak mengambil initiatif untuk memperbetulkan/memindakan semula perintah tersebut, maka pihak yang terkesan, sebagai contoh AGC boleh membuat permohonan semakan atau mencabar perintah tersebut di mahkamah yang lebih tinggi,’’ katanya.

Bagaimanapun kata beliau, memandangkan perintah tersebut telahpun dikeluarkan, beliau  percaya Najib sepatutnya dibawa pulang kerumah terlebih dahulu, sesuai perintah Mmahkamah dan perintah seperti pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong tersebut.

‘’Tindakan pihak AGC menangguhkan kepulangan Najib ke rumah adalah bercanggah dengan perintah mahkamah dan Perintah Agong tersebut. Tiada Undang-undang yang memberi kuasa kepada AG atau AGC sendiri untuk dengan sendirinya menangguhkan sesuatu perintah mahkamah tanpa mencabar ke mahkamah yang lebih tinggi, atau dengan terlebih dahulu mendapat perintah penangguhan,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here