Serangan siber: SPR kerjasama dengan MCMC lindungi laman web

SURUHANJAYA  Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkaitan bagi melindungi laman webnya daripada sebarang pencerobohan susulan dakwaan serangan siber terhadap platform itu.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata laporan berhubung perkara itu juga telah diberikan kepada pihak berkaitan sebagai langkah awal bagi memastikan sistem SPR terus dilindungi.

“Kita telah bekerjasama dengan semua pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita.

Ramlan ditemui selepas meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Sungai Udang Melaka hari ini.

Beliau berkata SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya tidak dapat laporan penuh lagi berkenaan perkara itu dan insya-Allah SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat. Kita sama-sama berdoa agar serangan siber itu tidak menyerang laman web kita kerana ia amat penting dalam kita melaksanakan pilihan raya ini,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here