Anthony Loke hadir Perhimpunan Bulanan MoT kali terakhir

BEKAS Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MoT) buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya berkuasa kuasa semalam.

Ketibaan beliau di pekarangan lobi kementerian pada jam 10.04 pagi disambut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri M Jana Santhiran serta warga MoT yang mula berkumpul jam 9.30 pagi.

Beliau hadir bagi memenuhi undangan Datuk Seri Jana Santhiran, selain menghadiri Majlis Cahaya Kasih MADANI yang diadakan bersempena dengan sambutan Deepavali.

Majlis itu dilihat sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian, selain meraikan kepelbagaian budaya dan agama selaras dengan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat Malaysia.

Kehadiran Anthony turut memberi peluang kepada beliau untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga MoT, sekali gus mengekalkan hubungan baik yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatannya menerajui kementerian berkenaan.

Anthony semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP memaklumkan, peletakan jawatan itu selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu.

Peletakan jawatannya itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediaman bekas Perdana Menteri itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here