My50 diperluas ke laluan Shah Alam mulai 1 Ogos

PAS perjalanan tanpa had My50 akan diperluaskan ke transit aliran ringan (LRT) 3 laluan Shah Alam (LRT3) bermula 1 Ogos selepas tempoh perkhidmatan percuma berakhir.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu membolehkan pengguna pas My50 menikmati perjalanan di laluan baharu tanpa sebarang bayaran tambahan.

DATUK Seri Anwar Ibrahim melintasi petugas sistem transit aliran ringan 3 (LRT3) ketika melancarkan pengangkutan awam itu di Johan Setia Klang hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Selepas tempoh tambang percuma ini menjelang 1 Ogos, My50 juga akan termasuk untuk laluan Shah Alam.

“Maksudnya kalau dia dah beli My50, semua laluan dia boleh pakai. Jadi tambahan satu lagi laluan yang boleh digunakan melalui My50,” katanya dalam sidang media selepas majlis peluncuran LRT 3 laluan Shah Alam di Johan Setia, Klang hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anthony berkata, kerajaan berharap inisiatif itu dapat menggalakkan lebih ramai pekerja dan pelajar menggunakan pengangkutan awam, khususnya di sepanjang jajaran laluan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, LRT 3 laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer yang mempunyai 20 stesen akan mula beroperasi kepada orang ramai pada 6 pagi esok.

“Kita menganggarkan ia boleh mencecah 60,000 penumpang sehari pada tahun pertama dan mengharapkan jumlah itu akan terus meningkat,” katanya.

Katanya, kementerian akan memantau jumlah penumpang setiap minggu bagi menilai keperluan menambah tren atau memendekkan kekerapan perkhidmatan pada masa depan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan perkhidmatan LRT3 laluan Shah Alam dan bas perantara di sepanjang jajaran itu diberikan percuma mulai esok Jun hingga 31 Julai bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan baharu itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img