16 wanita Indonesia diselamatkan, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia

SERAMAI 16 wanita warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Jalan Gangsa, Alor Setar, malam tadi.

Kesemua wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun itu dibawa keluar menerusi operasi Ops Pintu kira-kira jam 11.30 malam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, dua lelaki berusia 31 dan 59 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki membabitkan kesalahan pemerdagangan orang.

“Operasi itu turut menyita dua kenderaan, masing-masing sebuah Toyota RAV4 dan Toyota Avanza, selain 33 pasport Indonesia serta wang tunai berjumlah RM122,598.

“Taktik menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi menyembunyikan wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia terbongkar menerusi operasi tersebut,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here