Bomba redah laluan 1.5 kilometer selamatkan pendaki cedera di Bukit Larut

ANGGOTA bomba dan penyelamat terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 1.5 kilometer untuk menyelamatkan seorang pendaki yang mengalami kecederaan pada kaki kiri ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Larut, Taiping pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.42 pagi itu, pendaki lelaki berusia 36 tahun yang menyertai aktiviti itu bersama empat rakannya mengalami kecederaan ketika berada pada ketinggian kira-kira 100 meter di bukit berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada NG999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping serta BBP Kamunting ke lokasi.

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.46 pagi, namun anggota perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki bagi sampai ke tempat mangsa berada.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa mengalami kecederaan pada kaki kiri sehingga menyukarkannya untuk bergerak,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa turun menggunakan pengusung.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan dan tindakan lanjut.

Operasi menyelamat berjaya dikawal pada jam 9 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.34 pagi.

Sebanyak 15 anggota bomba terbabit dalam operasi berkenaan dengan bantuan sebuah jentera FRT, sebuah CFRT, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux dan dua unit EMRS.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here