SEBANYAK 96,844 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara dalam tempoh 2024 hingga September tahun ini, dengan jumlah tangkapan menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sebanyak 33,136 tangkapan direkodkan pada 2024 sebelum meningkat kepada 36,740 pada 2025, iaitu pertambahan 3,604 tangkapan atau 10.9 peratus.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula, sebanyak 26,968 tangkapan warga asing yang terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah direkodkan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah membabitkan warga asing di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, PDRM turut memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan lain menerusi pelaksanaan operasi bersepadu, perkongsian risikan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Beliau berkata, komitmen itu mencerminkan kesungguhan polis untuk memastikan setiap individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah dikenakan tindakan tanpa mengira status atau kewarganegaraan.
“Komitmen kami melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara tegas dan berterusan terhadap mana-mana individu, termasuk warga asing yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah di





