Leka bermain telefon di tebing sungai, lelaki parah diserang buaya

SEORANG lelaki cedera parah selepas diserang buaya ketika berada di tebing sungai sambil bermain telefon bimbit di Kuala Baram, Miri malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan sebelum diserang secara tiba-tiba.

Pemburu buaya, Eric Cat berkata, mangsa bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu, namun mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan.

Menurutnya, beberapa penduduk yang berada berhampiran lokasi kejadian bertindak pantas membantu mangsa dengan memukul buaya berkenaan menggunakan kayu.

“Tindakan itu dipercayai menyebabkan reptilia terbabit melepaskan mangsa sebelum menghilangkan diri ke dalam sungai,” katanya, lapor BH.

Susulan kejadian itu, Eric berkata, pasukannya bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) sudah berkunjung ke lokasi bagi meninjau keadaan.

Beliau berkata, operasi mengesan buaya yang terbabit dijadualkan bermula hari ini di kawasan Kuala Baram dengan kerjasama SFC.

Penduduk turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan aktiviti terlalu hampir dengan tebing sungai, khususnya pada waktu malam.

Sementara itu, Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran ketika dihubungi berkata, beliau masih belum menerima maklumat rasmi berhubung kejadian berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here