Bunyi notifikasi MySiren beri amaran ketika kecemasan

NOTIFIKASI amaran kecemasan secara terus ke telefon bimbit menjadi antara perkara yang dapat diperhatikan ketika Ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) berlangsung di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong, pagi tadi.

Melalui pemerhatian wartawan, bunyi amaran yang kuat dan jelas kedengaran sebaik sahaja sistem diaktifkan, berbeza daripada notifikasi telefon biasa.

Pada masa sama, sesi dalam talian bersama wakil Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di beberapa lokasi turut berlangsung bagi mendapatkan maklum balas penerimaan notifikasi.

Pengalaman itu memberi gambaran bagaimana maklumat kecemasan boleh disampaikan kepada orang ramai tanpa perlu bergantung kepada aplikasi khusus atau menunggu mesej pesanan ringkas (SMS).

Dalam situasi bencana seperti banjir kilat dan tanah runtuh, penyampaian amaran dalam tempoh singkat amat penting bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko mengambil tindakan awal, termasuk berpindah ke tempat selamat.

Namun, keberkesanan sistem seperti MySiren bukan hanya bergantung kepada keupayaan teknologi menghantar notifikasi, sebaliknya turut memerlukan kesedaran orang ramai untuk memahami amaran dan bertindak mengikut arahan yang diberikan.

Justeru, ujian seperti yang dilaksanakan hari ini penting bukan sahaja untuk menilai keupayaan sistem, tetapi juga membiasakan masyarakat dengan bunyi serta fungsi amaran supaya mereka tidak mengabaikannya apabila berdepan kecemasan sebenar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here