Anwar zahir takziah kepada Nik Nazmi atas pemergian ibu

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad susulan pemergian ibunya, Nik Rahimah Nik Mahmood, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan agar Nik Nazmi serta seluruh keluarganya diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang itu.

“Saya sampaikan takziah buat mantan Ahli Parlimen Setiawangsa saudara Nik Nazmi Nik Ahmad yang baru sahaja kehilangan bonda tersayang.

“Saya dan Azizah mendoakan saudara Nik dan keluarganya dikurniakan ketabahan serta kecekalan yang tinggi saat ini, dan ruh bondanya diberi kasih dan pengampunan yang sewajarnya oleh Yang Maha Esa,” katanya.

Media hari ini melaporkan pemergian Allahyarham Nik Rahimah yang meninggal dunia hari ini.

Pemergian ibu Nik Nazmi itu menyusul kehilangan bapa, Allahyarham Nik Ahmad Nik Hassan yang meninggal dunia pada 14 Oktober lalu pada usia 96 tahun.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here