Warga emas terjatuh longkang ditemukan lemah dan dirawat di hospital

SEORANG lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh dalam longkang besar ketika menjala ikan di Jalan Taman Lestari Putra, Seri Kembangan malam tadi ditemukan selamat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, mangsa berusia 74 tahun itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya iaitu seorang wanita berusia 28 tahun semalam.

“Lelaki itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, dan gagal dikesan sejak semalam.

“Pada jam 9.58 pagi ini, mangsa berjaya ditemui oleh wanita terbabit bersama pasukan penyelamat dalam keadaan lemah di tepi longkang besar,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Muhammad Farid berkata, warga emas itu kini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah.

Lelaki itu dipercayai terjatuh ketika menjala ikan di kawasan longkang besar malam tadi dan berikutan kehilangannya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, ahli keluarga dan penduduk taman.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img