MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan dan polis membayar pampasan berjumlah lebih RM37 juta kepada keluarga Pastor Raymond Koh atas penglibatan kerajaan dalam penculikannya.
Hakim Su Tiang Joo memutuskan, satu atau lebih defendan, yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Koh dan bertindak mengikut ‘satu arahan’ lapan tahun lalu.
Hakim juga memerintahkan kos RM250,000 dibayar, lapor Free Malaysia Today.
Koh diculik pada 13 Februari 2017 ketika memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya, Selangor.
Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa lima lelaki bertopeng dengan pakaian seragam tentera berwarna hitam menarik Koh keluar dari keretanya.
Isteri Koh, Susanna Liew, memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan atas penglibatan kerajaan dalam kehilangannya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes itu.
UNDILAH |



