Baru dua bulan keluar penjara, lelaki ditangkap ulang tabiat lama

TIDAK serik-serik. Seorang lelaki yang baru keluar penjara dua bulan lalu atas kesalahan jenayah, ditahan semula selepas terbabit mencuri kenderaan dan kabel milik syarikat telekomunikasi di daerah Kuala Muda, Kedah.

Suspek yang dikenali sebagai Kucai merupakan warga tempatan berusia 21 tahun  mempunyai 10 rekod lampau iaitu lima berkaitan dadah dan lima rekod jenayah lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan bersama tiga rakannya berusia antara 21 hingga 25 tahun dalam tiga serbuan berasingan Op Lejang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Kuala Muda yang dilakukan sejak bulan lalu.

Siasatan mendapati, suspek dipercayai bekas pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi terbabit menyebabkan dia berani melakukan kegiatan jenayah itu.

“Selepas keluar penjara, suspek dikatakan mengajak tiga rakannya itu untuk turut sama melakukan kegiatan curi kabel serta curi kenderaan.

“Mereka dikatakan mempunyai kemahiran mencuri kenderaan yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit dengan menggunakan ‘Allen key’.

“Kenderaan yang disasarkan adalah jenis lama iaitu Proton Wira dan kereta curi itu akan digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, lapor Berita Harian.

Hanyan berkata, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan menggunakan kereta Proton Wira untuk melakukan rondaan di kawasan perumahan untuk mencari sasaran yang sesuai.

Kumpulan ini turut membawa peralatan khas seperti ‘T- handle’ dan Allen Key yang diubah suai.

Beliau berkata, semua suspek juga akan diserahkan ke balai polis berhampiran daerah ini kerana mereka disyaki turut terbabit melakukan kegiatan itu di daerah Kulim, Yan, Pendang dan Seberang Perai Utara (SPU) di Pulau Pinang.

“Kesemua suspek berasal dari Sungai Petani dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img