GOL minit ke 97 oleh Bruno Fernandes membolehkan Manchester United menumpaskan Burnley 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggerusi di Stadium Old Trafford malam ini.
Dua gol lagi adalah hasil gol sendiri oleh pemain Burnley, Josh Cullen pada minit 27 dan Bryan Mbeumo pada minit 57 manakala dua gol Burnley dihasilkan oleh Lyle Foster (55′) dan Jaidon Anthony (66′).
Kemenangan itu membolehkan Manchester United naik ke tangga kesembilan manakala Burnley tidak berubah di tangga ke 11.
Selepas ini Manchester United akan bertemu Manchester City manakala Burnley akan menentang Liverpool.
Dalam perlawanan hari ini, Manchester United hampir sahaja menjaringkan gol pada minit ke-5 melalui sepakan Matheus Cunha yang melepasi barisan pertahanan Burnley, bagaimanapun ia masih mampu dihalang oleh penjaga gol Burnley Martin Dubravka.
Dubravka terus cemerlang apabila menyelamatkan satu lagi sepakan oleh Bryan Mbeumo.
Penyokong Manchester United bersorak apabila pengadil Sam Barrot menunjuk ke atas kawasan sepakan penalty apabila pemain Burnley Kyle Walker dikatakan melanggar Mason Maoun.
Bagaimanapun Barrot membatalkan keputusan itu selepas melihat VAR. Manchester United terus bersemangat , hasilnya mereka mendahului 1-0 melalui sepakan percuma Fernandes yang terkena pemain Burnley Josh Cullen pada minit ke -27.
Kedudukan 1-0 antara Manchester United melawan Burnley tidak berubah hingga separuh masa pertama tamat.
Separuh masa kedua menyaksikan Burnley menampilkan permainan yang lebih terbuka dalam melakukan serangan. Ternyata usaha itu berhasil apabila Lyle Foster menjaringkan gol pada minit ke-56 selepas menerima umpanan dari Jacob Bruun Larsen.
Bagaimanapun kegembiraan Burnley tidak lama apabila umpanan Diogo Dalot membolehkan Bryan Mbeumo menjaringkan gol kedua untuk Manchester United menjadikan kedudukan 2-1.
Walaupun Burnley sempat menjaringkan gol melalui Foster, tetapi ia dibatalkan kerana offside.
Bagaimanapun Burnley tidak berputus asa apabila menyamakan kedudukan 2-2 melalui Jaidon Anthony pada minit ke-66 hasil perebutan di hadapan pintu Manchester United.
Pada tambahan masa di separuh masa kedua, Manchester United mendapatkan sepakan penalty apabila Amad Diallo dijatuhkan.
Bruno Fernandes tidak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol ketiga untuk Manchester United bagi membolehkan kelab itu mencatatkan kemenangan pertamanya dalam EPL musim ini.


