Agong berkenan terima menghadap Ketua Setiausaha Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Muhammad Razman Abu Samah.

SULTAN Ibrahim berkenan menerima menghadap Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Beberapa keping gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Shamsul Azri menerusi hantaran di Facebooknya merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda yang menerima beliau menghadap pada pagi ini.

Menurut Shamsul Azri, dalam pertemuan itu, beliau mempersembahkan perkembangan terkini berkenaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Johor untuk makluman Seri Paduka Baginda.

“Patik menjunjung titah Tuanku yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap pelaksanaan segera projek-projek berkepentingan rakyat, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekonomi negara dan negeri Johor,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img