Ahmad Yakob dilantik Mursyidul Am Pas ganti Hashim Jasin

BEKAS Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas kelima bagi sesi 2026-2030, menggantikan Datuk  Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikanpada Oktober lalu.

Ahmad sebelum ini merupakan Timbalan Mursyidul Am Pas dan menjadi Menteri Besar Kelantan selama dua penggal, bermula 2013 hingga 2023.

Pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang berlangsung di sini, hari ini.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, mesyuarat berkenaan turut memutuskan pelantikan Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Mohd Asri Mat Daud pula dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama yang baharu di mana pelantikan dibuat oleh Ahmad selepas beliau menerima amanah sebagai Mursyidul Am Pas, lapor harakahdaily.

Majlis Syura Ulama berharap, pelantikan kepimpinan baharu itu diharap dapat terus memperkukuh peranan Majlis Syura Ulama dalam membimbing perjuangan Pas berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Majlis turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan pertolongan dan kekuatan kepada barisan kepimpinan baharu dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab perjuangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here