Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga Felda dan FGV

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau telah dipertanggungjawabkan secara rasmi sebagai menteri yang menjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures (FGV).

Presiden UMNO itu berkata, beliau menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan mengenai perkara itu semalam.

“Semalam saya dapat surat daripada Perdana Menteri yang menyebutkan tanggungjawab baharu saya sebagai menteri yang menjaga Felda dan FGV dengan rasminya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan bantuan seorang timbalan menteri bagi menguruskan hal ehwal berkaitan peneroka dan Felda yang disifatkannya sebagai tugas yang berat.

Dalam sidang media selepas itu, beliau menjelaskan Felda masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img