Ahmad Zahid lawat Ismail Sabri di IJN

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.

Menerusi hantaran di X, Ahmad Zahid turut mendoakan agar Ahli Parlimen Bera itu dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

“Saya mendoakan semoga beliau terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna,” katanya.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar Ismail Sabri dapat kembali berkhidmat serta menjalankan aktiviti harian seperti sediakala.

Ismail Sabri dilaporkan mengalami masalah kesihatan ketika berada di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses rakaman percakapan pada 6 Ogos lalu, sebelum dikejarkan ke IJN.

Beliau kemudiannya menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar bagi merawat masalah jantung tidak normal di institut berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here