AKPS buat laporan polis, pegawai diugut tembak

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) membuat laporan polis berhubung tindakan individu yang dipercayai ejen, membuat ugutan terhadap pegawai penguat kuasanya.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ejen berkenaan didakwa mengugut untuk menembak pegawai terbabit yang ketika itu sedang melaksanakan tugas rasmi.

“AKPS memandang serius tindakan seorang orang awam yang dipercayai bertindak sebagai ejen kerana mengugut untuk menembak seorang pegawai penguat kuasa AKPS ketika pegawai tersebut sedang melaksanakan tugas rasmi.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan kes berkenaan sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang jenayah yang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Tegasnya, sebarang bentuk ugutan, intimidasi, gangguan atau cubaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah perbuatan yang serius dan tidak akan dikompromi.

“AKPS akan sentiasa mempertahankan keselamatan serta kebajikan pegawainya dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan melindungi keselamatan sempadan negara.

“AKPS memberi kerjasama penuh kepada PDRM dalam siasatan yang sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img