KEJAYAAN Aliff Rakib merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship baru-baru ini membuktikan bahawa anak muda negara memiliki keupayaan, disiplin dan semangat juang untuk bersaing dengan yang terbaik di dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian melalui Facebook beliau selepas menerima kunjungan Aliff Rakib di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya.
‘’Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian dengan tekad, iltizam dan usaha yang tidak pernah mengenal putus asa. Syabas Aliff Rakib, Malaysia berbangga dengan kejayaan ini.’’ Katanya.






