Anggota tentera maut, seorang cedera trak kemalangan berhampiran Terowong Menora

SEORANG anggota tentera maut, manakala seorang lagi cedera selepas trak dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, hari ini.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar dan Meru Raya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah trak tentera yang membawa tujuh penumpang.

“Lima daripada mereka diselamatkan sebelum pasukan bomba tiba, manakala dua lagi tersepit di bahagian belakang trak,” katanya, lapor Harian Metro Online.

Katanya, mangsa pertama yang tersepit berjaya dikeluarkan jam 5.54 petang, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, mangsa kedua dikeluarkan jam 6.14 petang dan mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya, sambil memaklumkan operasi membabitkan 11 anggota dan dua jentera bomba.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img