Kenyataan Trump terhadap Greta bukti AS terus pertahan Netanyahu bunuh rakyat Palestin, hancurkan Gaza

SUARA AWANG SELAMAT

Apabila  apabila mendengar komen Donald Trump ketika diminta mengulas kenyataan Greta Thunberg berhubung pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh Israel di Gaza, Awang tertanya-tanya apa ada dalam kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Trump yang dijemput untuk menghadiri ‘kenduri ASEAN’ di Kuala Lumpur hujung bulan ini berkata, ‘’Greta seorang pencetus masalah, ada isu mental dan ada masalah mengawal kemarahan. Saya nasihatkan beliau berjumpa doktor. Masih muda dan agak gila…awak boleh tolong bawakan (jumpa doktor).’’

Awang tak pasti sama ada Trump ‘betul-betul’ dengar soalan itu atau tidak, sebab kalau beliau betul-betul dengar soalan itu, tak kanlah itu jawapan seorang Presiden Amerika Syarikat yang bercita-cita mahu mendapat anugerah Noble kononnya atas kejayaan menghentikan perang di Gaza dan membebaskan tahanan Israel dan Palestin.

Sebenarnya yang menjadi pencetus masalah  adalah Benjamin Netanyahu sahabat Trump sebab sehingga ke hari ini terus berperang dengan Gaza, yang ada masalah mental ialah Netanyahu dan tentera Zionis yang begitu seronok membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin dan menghancurkan Gaza, manakala yang sepatutnya jumpa doktor ialah Trump kerana terus berbaik dan melindungi kejahatan Netanyahu dan keganasan Israel.

Kalau macam itulah perangai Trump, Awang tak fikir beliau akan mendamaikan bumi Palestin secara adil. Awang yakin 100 peratus yang akan untung adalah puak Zionis.

Buat masa ini Awang nampak Trump saja ‘buat-buat’ baik untuk pastikan Hamas menyerahkan semua tebusan rakyat Israel. Selepas itu percayalah kesemua pemimpin Hamas akan dibunuh oleh Israel atas restu Amerika Syarikat dengan pelbagai alasan.

Manakala tugas ‘menjajah’ Gaza seterusnya akan diserahkan kepada bekas Perdana Menteri Tony Blair yang dijangka dilantik mengetuai Pihak Berkuasa Peralihan Antarabangsa Gaza (GITA) yang akan dtubuhkan tidak lama lagi.

Awang teringat Netanyahu pernah berikrar bahawa operasi ketenteraan Israel tidak akan berakhir selagi Hamas tidak dihapuskan sepenuhnya.

Sebab itulah Awang percaya tidak mungkin ada perjanjian damai  dicapai secara adil dan saksama untuk rakyat Palestin. Jadi maaf cakap Awang pun tak pasti sama ada Trump akan dapat memberi apa-apa komitmen jika ASEAN membangkitkan soal Palestin dalam pertemuan dengan beliau di Sidang Kemuncak ASEAN nanti.

Bukan  tidak boleh berbuat apa-apa tetapi beliau sengaja tidak mahu bertindak ke atas Netanyahu dan rejim Zionis. Sebabnya kenyataan Trump jelas-jelas memperlekehkan realiti yang dikatakan oleh Greta, sedangkan dunia memang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Selain itu kenyataan gadis berusia 22 tahun  juga membuktikan penderaan yang dialami oleh rakyat Palestin dalam tahanan Israel adalah benar apabila para aktivis Global Sumud Frotilla (GSF) turut mengalami nasib yang sama.

Macam Awang selalu cakap, Israel tidak akan seberani sekarang menghancurkan Palestin dan rakyatnya, jika tiada sokongan Amerika Syarikat. Ternyata Trump sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila tidak mempedulikan kenyataan Greta berhubung apa yang terjadi di Palestin.

Awang -Selamat Pulang pejuang Global Sumud Frotilla..Alhamdulillah

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img