Antara tafsiran Muhyiddin dan cerita ahli UMNO kecewa 

Adakah maknanya BN dah jadi pembangkang?

PENULIS seronok baca kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Beliau kata parti itu kini parti pembangkang tunggal di Parlimen.

 Hujah beliau, kedudukan itu berlaku susulan kerjasama politik Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang menurut beliau menjerumus pembangkang secara tidak langsung menyokong parti kerajaan.

Kalau itu tafsiran beliau macam mana pula dengan kedudukan BN yang bekerjasama dengan PN. Ia akan menimbulkan tafsiran secara tidak langsung BN pun jadi pembangkang la sebab ada kerjasama politik dengan parti pembangkang.

 Satu lagi, macam mana pula Bersatu boleh jadi pembangkang tunggal sedangkan Bersatu masih anggota PN?

Sampai hari ini, Muhyiddin belum umum Bersatu keluar daripada PN. Yang kita tahu Muhyiddin kata Bersatu nak wujud jajaran baharu dengan IPR. Jadi sebelum Muhyiddin, cakap siapa pembangkang, siapa kerajaan jelaskanlah dulu kedudukan Bersatu. Pengundi Negeri Sembilan pun nak tahu jugak….Bersatu dengan siapa sebenarnya?

Bukan apa sebab orang tengok Bersatu macam keliru…nak kiri tidak, nak ke kanan teragak-agak. Patutlah ramai keluar Bersatu, jadi Muhyiddin tak payah pening-pening soal kerjasama BN-PN.

Sama ada kerjasama BN-PN itu sandiwara ‘untuk mengaburi mata orang Melayu dan rakyat demi mendapatkan kuasa. Biarlah rakyat tentukan. Lagipun Muhyiddin kata, ‘’Bersatu bebas daripada semua sandiwara ini.’’

Selesaikan dulu kemelut dalam Bersatu apabila ramai ‘berhijrah’, itu betul-betul bukan sandiwara.

Betulkah ramai ahli UMNO kecewa?

Ada orang bisik-bisik kat penulis bahawa ada ahli-ahli UMNO yang kecewa apabila kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh BN-UMNO diserahkan kepada PN. Selain itu ada pula di sesetengah DUN, mereka tak puas hati dengan pemilihan calon.

Penulis risik-risik juga dengan sumber-sumber  dan ternyata ‘bisik-bisik’ itu betul, tetapi sejauh manakah serius penulis tak pasti. Mungkin mereka kecewa sekejab sahaja. Maklumlah ada sesetengah bahagian UMNO itu beria-ia buat kerja dari awal, siap ‘standby’ calon lagi, tetapi bila pilihan raya semuanya tak menjadi.

Penulis dengar ada DUN yang siap buat kesepakatan antara parti A dan parti B, ‘’kau tanding aku sokong, aku tanding kau sokong’’ …ibarat macam tu lah…tiba-tiba kesepakatan pucuk pimpinan bagi kat parti C…maka ‘rosakla ana punya program’. Mereka betul-betul kecewa sehingga ada yang cakap nak bagi undi kat parti D.

Ada juga penulis terima mesej WhatsApp bagi tau ada bahagian yang tutup bilik gerakan..tapi tak nak layan sebab takut tu semua propaganda, maklumlah musim pilihan raya ni, ramai yang ‘tumbuh tanduk’ nak panaskan keadaan.

Pasal calon pula, itu perkara biasa dalam mana-mana parti, tetapi dalam kedudukan pilihan raya sengit, sepatutnya masalah tersebut kena elak, kerana satu undipun amat berharga. Kena ingat kat Negeri Sembilan tu satu undipun berharga. Pada 2023 ada calon menang 78 undi saja.

JUMPA LAGI



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img