Anwar hubungi PM Pakistan, bincang hubungan dua hala, perkembangan serantau

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif malam tadi yang sebelum ini bertanyakan perkembangan kesihatan beliau.

Menurut Perdana Menteri, beliau menghargai doa serta kiriman bunga dan buah-buahan daripada Shehbaz, selain memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses pemulihan.

Anwar berkata, kedua-dua mereka turut bertukar pandangan berkaitan perkembangan semasa di rantau ini dan senada bahawa segala ketegangan mesti ditangani secara cermat menerusi dialog serta diplomasi demi memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

“Kami juga membincangkan perkembangan hubungan Iran–Amerika Syarikat dan menegaskan pentingnya libat urus berterusan bagi meredakan ketegangan.

“Selat Hormuz pula mesti kekal terbuka dan selamat bagi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Mengulas hubungan dua hala, Anwar berkata, Malaysia dan Pakistan sepakat memperhebat kerjasama perdagangan dan ekonomi yang masih mempunyai potensi besar untuk diteroka, termasuk memperluas eksport daging dari Pakistan ke Malaysia.

“Segala komitmen yang dicapai harus diterjemahkan segera kepada hasil nyata yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Malaysia akan terus mendukung Pakistan sebagai negara sahabat dan rakan penting, insya-Allah,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here