Anwar rayu rakyat Negeri Sembilan terus beri mandat kepada PH

 DATUK Seri Anwar Ibrahim merayu rakyat Negeri Sembilan terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRN 1 Ogos ini.

Katanya, dengan menyokong parti yang selari Kerajaan Persekutuan, ia dapat memastikan kestabilan politik serta kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan untuk rakyat.

Beliau yang merupakan Pengerusi PH menegaskan, kerajaan negeri yang mempunyai hala tuju sama dengan Putrajaya akan memudahkan kerjasama dalam melaksanakan dasar dan projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya mintalah supaya kawan-kawan bagi kerjasama sampai pilihan raya, buat pilihan yang baik dan bawa mesej yang (Pakatan) Harapan buat… supaya selari dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya yang juga Perdana Menteri ketika berucap dalam program santai petang bersama warga Ampangan di Seremban, hari ini.

Anwar berkata, Kerajaan Negeri Sembilan bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menunjukkan prestasi baik dalam tempoh tiga tahun lalu, termasuk memperkenalkan pendekatan lebih telus dalam pengurusan sumber negeri.

Beliau turut mengingatkan pengundi memilih wakil berintegriti dan mengutamakan kepentingan rakyat, bukan mereka yang menggunakan sentimen kaum untuk meraih sokongan politik.

Katanya, apabila di bawah pentadbiran negeri yang baik, hasilnya dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img