Anwar terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada suatu masa yang bersesuaian.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata undangan itu diterima beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.

“Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam, khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dengan Barat, di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” kata Perdana Menteri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img